Monday, March 1, 2010

Husnuzon(bersangka baik) pada Allah

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 maksudnya : "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya"




Bersangka baiklah (Husnuzon) kepada Allah nescaya kita merasai kemanisan iman itu sendiri. Allah Maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Barangkali Allah meletak kita di bawah kerana khuatir hambaNya yang lemah ini tatkala berada di atas (dikurniakan nikmat kesenangan)berpaling dari-Nya kerana terlupa untuk bersyukur pada Allah. Allah menguji hamba-Nya dengan dua ujian, iaitu nikmat kesenangan dan juga ujian kesusahan. Sekiranya dikala senang, adakah kita ingat untuk bersyukur kepada Allah manakala tika dilanda musibah dan kesusahan adakah kita mampu bersabar serta redha atas qada' serta qadar Allah swt. Kita perlu berfikiran positif, berfikir dengan lebih terbuka serta dengan berlapang dada mengingati Allah. Yakinkan diri bahwa Allah tidak akan mensia-siakan usaha hamba-Nya untuk berjaya. Jika kita susah, bandingkanlah diri kita dengan orang yang lebih susah dan bersyukurlah. Allah memberi ujian terhadap hamba-Nya dengan ujian-ujian yang mampu dihadapinya. InsyaAllah cukup sekadar ini perkongsian kita. wallahualam.

*Sesungguhnya Allah sayang pada kita.


Syukur(Raihan)

Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Shalawat ke atas nabi, Muhammad ya Rasulallah
Shalawat ke atas nabi, ya Rasulallah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak dan loba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia, aman dan makmur
Syukur, syukur, syukur ya Allah
Syukur alhamdulillah
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman tulus sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suguhkan